Oh Ibu !!
Friday 12 July 2013 • Friday, July 12, 2013 • 0 comments

Hyep3 :)) Kali Nie Rasa Nak Story Psl Benda Sedih Lah Pulak :((

Ok ! Nad percaya setiap orang konfem ade ibu/umi/mak..apa sajalah panggilan korang kepada ibu korang.So mcm Nad,Nad panggil ibu Nad..ibu lah ! hehe xDD

Maafkan Nad andai ade kwn2 di blog..atau di mana saja yang sudah tidak mempunyai ibu..Jangan bersedih..Percayalah setiap minit..setiap saat..setiap waktu..ibu korang akan melihat korang dari atas sana..korang just perlu sedekahkan Al-Fatihah dan surah Yassin kepada ibu korang :'))

Tanpa ibu,siapalah kita..Betul..tanpa ayah bermakna kita juga takde..tapi PENGORBANAN ibu lebih besar daripada ayah !

Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan !

Ketika mengandungkan kita,ibu melalui segala cabaran dengan tabah sebab bagi ibu..dia kuat demi kita.

Ibu yang melahirkan kita,menahan segala sakit dan perit yang di alami ketika itu semata-mata nak bagi kita tengok dunia yang indah nie !

Selepas itu,ibu yang menjaga kita waktu kita baby..Dia sanggup bersengkang mata semata-mata nak bagi kita tidur !

Waktu kita sakit,ibu lah orang pertama yang paling susah hati..dia sanggup lakukan macam-macam benda just nak bagi kita sihat..

Waktu kita meningkat ke budak-budak yang lebih kurang umur antara 2-4 tahun..jatuh,sakit,luka kita..ibu yang paling cepat ada dekat sebelah kita.

Senyum,ketawa kita..ibu juga turut merasa benda yang sama.Kita tersenyum,percayalah ibu kita juga akan turut tersenyum.Kita menangis,hati ibu kita yang akan merasa kesedihan itu.

Ibu !! 

Seorang wanita yang hebat di mata Nad !! Sedih dia..sakit dia..Semua nya dia simpan sendiri..tapi bila kita ada masalah..dia lah orang yang paling beria nak sgt tahu..

Ibu !!

Umpama hati kita..Dia sedih,kita akan rasa kesedihan tu..cuma kita tak yakin dengan perasaan tu..Bila di tanya pada ibu..Jawapan ibu pasti "takde apa-apa".

Tapi cuba bila kita bagi jawapan sedemikian kepada ibu apabila ibu ingin mengambil tahu tentang masalah kita.Percayalah ibu akan cakap "jangan nak tipu,ibu tahu".Itu KENYATAAN !!

Ibu tahu ! Ibu tahu semua nya dari dalaman kita sehinggalah ke luaran.

Baru kita batuk sikit..Ibu dah cepat-cepat suruh makan ubat kan ??! Tapi bila ibu sakit..kita suruh makan ubat..ibu mesti cakap "takpa sikit jea nie !"

Ibu !! Bagi Nad,dia seorang wanita yang kuat..Yang tabah..Dialah HERO bagi kita semua..

Kadang-kadang Nad terfikir,mampukah Nad menjadi seperti dia ?? Di mata Nad,dia SUPERWOMAN.Dia semuanya.

Waktu kita sedih,dia sedaya upaya buat kita gembira sehingga kita dari tak mampu nak tersenyum terus ketawa gembira..bukan sebab kegembiraan..tetapi sebab keterharuan..terharu sebab ibu cuba buat kita gembira.

Kenyataan kan,bila bersama ibu..kita rasa dunia nie kita yang punya..Kenyataan kan bila bersama ibu,kita rasa umpama kita sedang terbang di awangan..Kenyataan kan..bila bergembira bersama ibu..kita akan rasa seperti mahu beritahu semua orang yang kita sedang gembira bersama ibu..

Tapi kadang-kadang Nad sedih..Sedih sebab zaman sekarang Nad tengok..Kebanyakkan remaja sebaya Nad..lebih sayangkan BOYFRIEND/GIRLFRIEND mereka daripada IBU SENDIRI.

IBU !!

Sentiasa ada di kala kita sedih,gembira..ketawa..menangis !!

Sentiasa ada di sisi kita tak kira di mana sahaja !!

Sentiasa ada di sisi kita tanpa mengira waktu !!

Sanggup tinggalkan segala-galanya hanya kerana KITA !!!

Pernahkah korang terfikir , apa akan jadi pada diri kita..Andai suatu hari nanti ibu tinggalkan kita dalam keadaan kita tak bersedia..Kita tak sempat mohon maaf kepada dia..Pernah kah korang terfikir..??

GEMBIRAKAN hati ibu selagi terdaya,sebab ibu selalu mencuba untuk gembirakan hati kita !!

HILANGKAN KESEDIHAN dia selagi kita boleh,ibu sentiasa gantikan kegembiraan untuk ubatkan kesedihan !!

SAYANGI DIA sepertimana dia sayangkan kita !

Percayalah,Ibu tak ingin kan benda-benda lain dari kita selain DIRI KITA SENDIRI..Dia hanya mahu melihat KEGEMBIRAAN kita !! Tanpa KESEDIHAN !! Tanpa MENANGIS !!

ITULAH IBU !! 

TANPA IBU,JIWA KITA KOSONG !! JIWA KITA SEPI !! JIWA KITA AKAN MEMBERONTAK !!

Ibu lah tempat kita mengadu masalah ! Ibu lah tempat kita bermanja ! Ibu lah tempat kita menumpang kasih ! 

Ibu lah KAWAN KARIB kita !

Ibu lah DIARI kita !!

Ibu lah MUSUH KETAT kita !!

Dia Segala-gala Nya !!!

Sampai Sini Sahaja :)) Assalamualaikum !! Nanti Nad Sambung Syarahan Lagi !! 

PS: Tlg Baca Secara mendalam post nie !! Sedih sebenarnya :'((


OLDNEW
This owner ♥
Thank for coming


Welcome


Hyepp ! Assalamualaikum semua ! Name : Nad ! Status : My heart Is Taken By Someone ^,^v
Credits ♥

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: NurNadhirah